Apakah dalil
keharusan bertayammum apabila keputusan air?
Dalil keharusan
bertayammum kerana keputusan air ialah hadis dari Said bin Abdurrahman bin Abza
yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; Seorang lelaki datang
berjumpa Umar r.a. dan bertanya; “Aku telah berjunub dan aku tidak menemui air
(untuk mandi)”. Umar menjawab; “Janganlah kamu mengerjakan solat (hingga kamu
menemui air)”. Namun ‘Ammar bin Yasir r.a. (yang ada bersama Umar ketika itu)
berkata kepada Umar; “Tidakkah engkau ingat ketika kita sama-sama dalam satu
musafir di mana kita berdua telah berjunub dan kita tidak menemui air (untuk
mandi). Adapun kamu, maka kamu memilih untuk tidak menunaikan solat. Adapun
aku, maka aku telah berguling di atas tanah (untuk bertayammum) dan kemudian
aku menunaikan solat”. Apabila diceritakan kepada Nabi s.a.w., maka baginda
berkata (kepada ‘Ammar); “Sesungguhnya memadai kamu menepuk dua tapak tangan
kamu ke tanah, kemudian kamu hembusnya (untuk menipiskan sedikit debu di tapak
tangan itu) dan seterusnya kamu sapukan debu ke muka dan ke dua tangan kamu
(hingga pergelangannya)”
info yg berguna
ReplyDeleteCantik Blog Boleh ajar cara nak buat tak ustazah
ReplyDelete