Tayammum bermaksud
menyapu debu tanah yang bersih ke Muka dan dua tangan sebagai ganti wudhuk dan
mandi wajib ketika ketiadaan air atau tidak mampu menggunakan air kerana sakit,
terlalu sejuk atau sebagainya.[1] Keharusan tayammum telah sabit
dengan al-Quran, as-Sunnah dan Ijmak ulamak. Firman Allah di dalam al-Quran
(bermaksud);
“Dan jika kamu sakit
(tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh (atau mensetubuhi) perempuan,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk atau untuk mandi), maka
hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu
dan kedua belah tangan kamu dengan tanah itu”. (al-Maidah: 6).
No comments:
Post a Comment